Wednesday, October 13, 2010

Sopannya anak daraku...

13 October 2010

Tetiba je Dania suruh mak pakaikan dia kain batik...Then lepas mak pakaikan jer
terus dia duduk bersimpuh...alahai ayunya noty gal nih berkain batik...nampak baik ammmaaaattt!!
Tapi tak sempat ambik cammy dia dah bgn...bila ckp kat dia nak ambik gambar..
teru dia duduk mcm dalam gambar ni...sambil senyum....sweet sangat!!!


Darwish pulak dah 34 hari (sebulan 4 hari)...nampak semakin bijak..
Kdg2 tengok dia..mcm dah pandai mengagah...Kita agah dia, dia senyum...
Cepatlah besar..si manjaku sayang....

Monday, October 11, 2010

Darwish kena suntikan untuk baby sebulan...

11 October 2010


Memandangkan usia Darwish dah satu bulan kelmarin...hari ni Darwish akan terima
satu suntikan hipertatis...So, mak bawak Darwish ke klinik komuniti Slim River...
Belum apa2 dah kena marah dengan nurse...buat angin mak naik jer...Bukan salah kami pun..
Dania plak buat perangai sepanjang masa kat klinik tu...Doc pulak tak habis2 argue
pasal fully breastfeeding ...Semua tu menyebabkan BP mak naik sampai 170/100..
Doc sampai nak refer mak ke ward...Tapi selepas 3 attempts BP check up...BP mak
semakin turun..nasib baik tak masuk ward..Tujuan asal nak hantar Darwish..tak pasal 
plak mak yg kena tahan...Tapi Doc terus nak monitor BP mak..Urine pun kotor..Next week kena
datang balik...Ish tension pi klinik gomen ni...!!


Cantik tarikh niii..101010

10 October 2010

Hari ni Danish dah masuk sebulan dalam usia dia..Mak pun confius..sebulan ni
kira 30 hari atau 31 hari?? Kalau ikutkan..hari ni hari ke 31 untuk Darwish...

Hari ni Angkasawan Negara akan melangsungkan perkahwinannya...
Bila sebut Angkasawan Negara ...actually mak terinspired dengan
semangat dia untuk mencapai apa yang diinginkan...Bayangkan dari beribu2 orang
yang nak masuk program angkasawan tu..dia terpilih menjadi Angkasawan
Pertama Malaysia...Punyalah payah cabaran dihadapi untuk capai ke tahap itu...Dia jugak
pelajar yang bijak ketika di zaman sekolahnya (MRSM Muar)...Melanjutkan
pelajaran dalam bidang kedoktoran...sambung lagi untuk jadi 
seorang pakar bedah orthopediks...Boleh plak buat modelling...
Dan lepas ni dia nak jadi seorang pilot pulak...
Begitu bersemangat kalau dengar dia bercakap...
Dia membuktikan tidak ada yang sukar untuk dicapai dengan
usaha dan semangat yang gigih untuk mencapainya...

Besar la harapan mak agar anak2 mak menjadikan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Al Masrie ni sebagai idol untuk mencapai kejayaan suatu hari kelak..
Mak nak anak2 mak mencontohi keazaman beliau untuk berjaya..
Semoga dipermudahkan oleh Allah swt...Amin...



My baby is one month old...

9 October 2010


Hari ni usia Darwish genap 30 hari..means dah sebulan dah anak mak di dunia ni...
Makin hari mak tengok Darwish semakin comel dan bijak...
Semoga anak mak dan abah ni menjadi anak yang cerdik, cerdas dan cergas serta 
berjaya di dunia dan di akhirat sebagai insan soleh, insan yang patuh pada ibu bapa,
dan insan yang bijaksana...Amin...


Ibu mana yang tak bahagia melihat anaknya begini..rasa sejuk perut mak...


Hati mak berbunga2...

8 October 2010


Darwish hari ke 29...semakin comel anak-anak mak dan abah ni....Hari ni hati mak berbunga2...
Malam ni dapat call dari abah...Abah kata Danish nak baca sesuatu...Mak dengar Danish baca 
ucapan in English....rupa2nya Danish terpilih sebagai wakil tadika dia buat ucapan
masa Hari Konsert dan Penyampaian Hadiah Tadika Alina Bintang Hati..
Alhamdulillah anak mak & abah diberi kepercayaan sebegini...Konsert tu in November..
So Danish kena practise baca speech text tu dari sekarang...Mak yakin Danish
boleh buat...YOU CAN DO IT MY BOY!! InsyaAllah...



Zombi Kampung Pisang menyerang lagi....

2 October 2010


Hari ni abah ngan Danish balik rumah opah...Tak sabarnya nak jumpa..
Rindu sangat kat Danish and ofcoz kat Abah...
Tapi malam tadi mak tak dapat tido sampai pagi sebab Darwish
meragam..Masa mak terjaga pagi tu abah jauh lagi di utara...
pastu mak tak sedar tertido balik ngan Darwish...Dania tak tau kat mana...
Tetiba mak terjaga sebab ada orang jenguk kat bilik..
rupa2nya Danish ngan abah dah sampai..Mak peluk Danish sebab rindu sangat..

Petang tu time semua orang berehat...opah pun tido kat bilik...dua beradik 
yang dah dua minggu tak jumpa ni rupanya ada projek rahsia kat bilik opah..
Turun jer dari bilik opah..gini ler rupe deme...Mandi bedak!!



Darwish dah 23 hari...

Danish ke Hard Rock Hotel!!

1 October 2010


Hari ni Darwish dah 22 hari....semakin bijak anak mak ni..


Apa pulak kisah abang Danish kat Penang...Waaaaaaa....mak jelessss..
Danish ngan abah pi dinner kat Hard Rock Hotel...Vendor kat kilang abah belanja..
Seronoknya dieeee....Mak tengok gambar jer laaaa...Abah..bila plak nak bawak mak
makan kat Hard Rock???